Kuala Terengganu: Seramai 10 pegawai dan 85 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada Angkatan Tetap dan Sukarela telah terlibat dalam pelaksanaan Promosi Askar Wataniah Anjuran Batalion Pertama Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin pada 18 Mac 23 bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Kuala Terengganu bersempena dengan Program Bukit Besar Challenge Tahun 2023. Tujuan promosi ini dilaksanakan adalah untuk mengambil peluang beramah mesra dengan orang awam bagi menarik minat menyertai Askar Wataniah khususnya belia di sekitar daerah Kuala Terengganu sejajar dengan Tonggak Kelima PTD iaitu “Peningkatan Hubungan TD Dengan Awam”. Konsep promosi ini dilaksanakan adalah dengan cara mengadakan booth serta mempamerkan maklumat bergambar berkenaan aktiviti pasukan. Selain itu, promosi ini juga berjaya menarik minat seramai 15 orang awam untuk menyertai Askar Wataniah.

1245