Kuala Terengganu: Seramai 6 pegawai dan 50 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dengan Program Ambang Ramadhan 1444H bersama pihak Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Terengganu Peringkat Rejimen 512 Askar Wataniah (AW) pada 20 Mac 23 bertempat di Dewan Makan Rejimen 512 AW Kem Padang Midin. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada seluruh warga Rej 512 AW berkenaan konsep mujahadah nafsiah di dalam Islam serta persiapan awal menghadapi dan menghayati keindahan bulan Ramadhan selari dengan Tonggak Ketiga Panglima Tentera Darat Ke -28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga” di dalam konteks pengukuhan kerohanian. Ceramah bertajuk “Ramadhan Terbaik” juga telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg Ustaz Mastura bin Mohamad, Pengetua Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah Terengganu. Turut hadir bagi memeriahkan program ini adalah YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Dato’ Sri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW.

1345678