Kuala Terengganu: Rejimen 512 Askar Wataniah (AW) telah menganjurkan Pertandingan Sukan Antara Rejimen Siri 500 AW Peringkat Zon Timur selama tiga hari bermula pada 14 hingga 16 Mac 23 bertempat di Stadium Majlis Sukan Negeri Terengganu melibatkan tiga Rejimen AW iaitu Rej 506 AW, Rej 512 AW dan Rej 505 AW. Antara pertandingan sukan yang dipertandingkan adalah pertandingan bola sepak dan bola jaring. Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk menentukan kelayakan pasukan Rejimen Siri 500 AW bagi mewakili Zon Timur bagi sukan bola sepak dan bola jaring pada peringkat seterusnya yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mei ini. Johan keseluruhan bagi pertandingan bola sepak dan bola jaring telah dimenangi oleh Rej 512 AW dan seterusnya akan mewakili Zon Timur pada peringkat seterusnya. Acara Penutup dan  penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 AW. Penganjuran Pertandingan Sukan ini selaras dengan Tonggak Kedua Panglima Tentera Darat iaitu “Keutuhan Organisasi”.

Capture DSC6820 DSC6898 DSC7040