Kuala Lumpur: Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS), Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PUSTEKMA), Kol Ts. Hamidi bin Achin pada 20 Mac 23 bertempat di Pejabat AP PS. Kunjungan Hormat ini merupakan kunjungan pertama beliau  setelah mengambil alih jawatan sebagai Pengarah PUSTEKMA. Kunjungan ini merupakan sesi perkenalan Pengarah PUSTEKMA dengan AP PS disamping membincangkan perkara-perkara berkaitan ICT yang melibatkan kerjasama BPS bersama PUSTEKMA.  Lawatan ini diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan dan seterusnya penyampaian cendera kenangan sebagai tanda kenangan serta penghargaan atas kunjungan kepada AP PS. Aktiviti ini selari Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

123456