Kuala Lumpur: Rej 515 AW telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan bola tampar bersama BPS bertempat di Gelanggang Bola Tampar Rej 515 AW pada 10 Mac 23.

Aktiviti seperti ini adalah platform terbaik untuk memupuk dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan, menerapkan gaya hidup sihat serta mengeratkan lagi hubungan diantara pegawai dan anggota pasukan. Perlawanan persahabatan ini telah dimenangi oleh Rej 515 AW.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan di perkarangan Gelanggang Sepak Takraw dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pasukan yang telah menjuarai pertandingan tersebut.

Turut hadir dalam perlawanan persahabatan ini adalah Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail yang turut turun padang menjadi pemain, Komander Rej 515 AW, Brig Jen Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Hj Wan Sulaiman, Timbalan Komamder Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof serta pegawai dan anggota Rej 515 AW dan BPS.

Program seperti ini selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

WhatsApp Image 2023 03 10 at 19.06.57 2WhatsApp Image 2023 03 10 at 19.06.58WhatsApp Image 2023 03 10 at 19.06.58 1WhatsApp Image 2023 03 10 at 19.06.54WhatsApp Image 2023 03 10 at 19.06.55 2WhatsApp Image 2023 03 10 at 19.06.56WhatsApp Image 2023 03 10 at 19.06.57 3