Padang Midin: Seramai 7 pegawai dan 24 anggota  Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dengan pelaksanaan Ujian Jalan Laju (UJL) 5 Km Siri 1 Tahun 2023 pada 7 Mac 23 bertempat di Markas Rejimen Kem Padang Midin. Ujian ini dilaksanakan di sekitar kawasan Kem Padang Midin.  Objektif pelaksanaan ujian ini adalah untuk mewujudkan kesedaran serta kefahaman berkenaan kepentingan kecergasan mental dan fizikal bagi setiap peringkat anggota. Selain itu, ujian ini bertujuan mengeratkan semangat setiakawan dalam kalangan pegawai dan anggota serta menguji keupayaan aspek perintah dan kawalan dalam kumpulan. Pelaksanaan aktiviti ini sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelansungan Misi Dan Kesiagaan.

                                                                   13