Tembila: Seramai 5 pegawai dan 60 orang penuntut kursus telah terlibat dengan Upacara Pembukaan Kursus Repalman Kelas 2 (Kerahan) Siri 1/2023 pada 8 Mac 23 bertempat di Batalion Kedua Rej 512 AW Kem Sri Tembila. Kursus ini dilaksanakan selama 16 minggu bermula pada 20 Feb 23 hingga 11 Jun 23. Upacara pembukaan kursus ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW.Timbalan Komander telah memberi peringatan kepada semua penuntut kursus agar sentiasa menjaga disiplin diri dan nama baik Askar Wataniah disamping  menumpukan sepenuh perhatian ketika menimba ilmu serta memperingkatkan kemahiran dan kepakaran sebagai seorang askar terlatih . Selain itu, beliau turut menasihati para penuntut untuk sentiasa meningkatkan kecergasan fizikal dan mental sepanjang kursus. 

                                           12

                                            34