Kuala Terengganu: Rej 512 AW telah menganjurkan MMR Sempena Hari Ulang Tahun Rej 512 AW Ke - 42 pada 3 Mac 23 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu. Penganjuran MMR ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YAM Komander Rej 512 AW, ahli-ahli JAKPAW Negeri Terengganu serta tetamu-tetamu jemputan. Selain itu, seramai 2 pegawai iaitu Mej Mohd Kahirullah bin Abd Ghani (Tetap) yang telah bersara dan Lt Kol Saifulddin bin Mahmood (Sukarela) yang bakal bersara turut diraikan di dalam majlis sebagai tanda apresiasi di atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh pegawai-pegawai tersebut kepada rejimen. Upacara memotong kek sebagai simbolik Sambutan Hari Ulang Tahun Rej 512 AW juga turut dilaksanakan dan disempurnakan oleh YAM Komander. Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan daripada Kelab Pegawai dan Wisma Bintara Rej 512 AW.

                                          31

                                         42

                                         56