Kuala Lumpur: Lembaga Akhir Pemilihan Pegawai Sukarela Askar Wataniah untuk Dipertugaskan Sepenuh Masa Siri 1/2023 telah diadakan pada 3 Mac 2023 bertempat di Dewan Watan, BPS. Lembaga Pemilihan Pegawai Sukarela Askar Wataniah untuk Dipertugaskan Sepenuh Masa Siri 1/2023 ini dilaksanakan bagi tujuan mengisi kekosongan perjawatan yang tidak dapat diisi oleh Pegawai Tetap.
Seramai 9 orang calon pegawai telah hadir bagi menjalani lembaga pemiihan tersebut bermula 27 Feb 23 hingga 3 Mac 23. Lembaga yang dilaksanakan mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh para calon seperti pemeriksaan kesihatan, Ujian Kecergasan Asas (UKA), ujian bertulis, IQ Test, personalitii, ujian kawad kaki dan public speaking sebelum dipertimbangkan oleh ahli panel lembaga akhir. Ahli-ahli panel lembaga akhir dipengerusikan oleh AP PS dan seramai lima orang ahli yang terdiri daripada Pegawai Kanan BPS dan wakil Cawangan Sumber Manusia.