Kuala Lumpur: Majlis sambutan Hari Ulang Tahun Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) bagi pegawai, anggota dan staf awam yang dilahirkan pada bulan Januari dan Februari tahun 2023 telah diadakan pada 2 Mac 23 bertempat di Dewan Watan, BPS. Majlis ini diadakan bertujuan bagi menyambut hari kelahiran warga BPS yang dilahirkan pada bulan Januari dan Februari disamping membudayakan aktiviti menghargai hari lahir dan meningkatkan penghargaan kendiri semua warga BPS. Selain itu, pelaksanaan majlis ini juga merupakan satu platform bagi memupuk budaya sentiasa saling menyayangi antara satu sama lain.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Hamdan bin Hj Ismail, Asisten Panglima Pasukan Simpanan dan seterusnya majlis dimulakan dengan acara memotong kek. Semua warga BPS juga turut bekerjasama merealisasikan sebuah majlis dengan membekalkan makanan dan berkongsi antara satu sama lain. Konsep potluck yang diadakan ini memeriahkan lagi suasana majlis ini dengan pelbagai juadah lauk, kuih dan buah-buahan.

Majlis ini diakhiri dengan ucapan oleh YBhg Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar, Ketua Pengarah BPS. Ketua Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga BPS atas kerjasama melaksanakan majlis tersebut. Ketua Pengarah juga memaklumkan majlis sebegini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang seiring dengan Tonggak Kedua Panglima Tentera Darat iaitu "Memperkasakan Keutuhan Organisasi".

                             WhatsApp Image 2023 03 02 at 13.19.43WhatsApp Image 2023 03 02 at 13.19.40

                             WhatsApp Image 2023 03 02 at 13.19.44WhatsApp Image 2023 03 02 at 13.19.45 1