Gong Badak, Terengganu: Seramai 35 anggota Brass Band Sukarela telah terlibat dalam persembahan Sempena Program Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 pada 26 Feb 23 bertempat di Kompleks Sukan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu. Pasukan Brass Band Rej 512 AW telah diberi kepercayaan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Terengganu selaku tuan rumah Program Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 untuk mempersembahkan lagu “Negaraku” bagi mengiringi keberangkatan tiba dan keberangkaran pulang KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

                                                  123