Sungai Besi: Sambutan Hari Tentera Darat Ke - 90 telah disambut dengan begitu bersemangat dan gemilang pada 1 Mac 2023 bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Antara acara utama bagi sambutan Hari Tentera Darat Ke-90 adalah Perbarisan Hari Tentera Darat ke-90, Persembahan TATU Tentera Darat dan Karnival Terbuka Tentera Darat.

Sambutan Hari Tentera Darat Ke-90 tahun ini masih mengekalkan tema Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin, merupakan acara tradisi yang dianjurkan dengan matlamat mengukuhkan kesatuan warga Tentera Darat dengan masyarakat.

Selain itu, sambutan pada kali ini juga lebih bermakna kerana Hari Tentera Darat Ke-90 yang disambut tahun ini akan menjadi simbolik kepada perjuangan pejuang tanah air tersohor, Allahyarham Leftenan Adnan Saidi dimana sambutan ke-90 pada tahun ini merupakan simbolik kepada nombor tentera atau nombor badan Leftenan Adnan yang merupakan tentera dari Rejimen Askar Melayu yang telah mempertahankan tanah air semasa Perang Dunia Kedua.

Tidak ketinggalan juga, Detasmen 16 yang merupakan penglibatan pegawai dan anggota Sukarela Askar Wataniah di dalam perbarisan yang diketuai oleh Mej Mohd Ariff bin Nordin dari Rejimen 509 Askar Wataniah yang melibatkan seramai  3 pegawai dan 76 anggota Sukarela Askar Wataniah.

Walaupun para pegawai dan anggota Sukarela yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya, mereka mampu memberi persembahan yang mantap di dalam perbarisan setanding dengan angkatan tetap. Istiadat perbarisan dilaksanakan secara rejimental dengan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat bersama 7 panji-panji Rejimen melibatkan 16 detasmen.

Marilah kita sebagai satu angkatan, berdiri teguh dengan penuh keikhlasan dan memperbaharui tekad dalam memastikan Tentera Darat kekal sebagai Benteng Pertahanan Negara. Marilah kita juga bersama-sama memanjatkan doa agar tahun 2023 ini menjadi tahun yang lebih baik dan membawa kejayaan yang berterusan kepada kita semua.

Saksikan Rakaman Lintas Langsung Perbarisan Sempena Hari Tentera Drat Ke-90 

https://fb.watch/i_xTFuCIoZ/
https://fb.watch/i_xUG6ol-A/
https://fb.watch/i_y6KAnZgK/

WhatsApp Image 2023 03 01 at 11.59.30 1