Kuala Lumpur: Rej 515 AW telah mengadakan Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 1/2023 yang dirasmikan oleh Pemangku Peg Mem Bn 1 Rej 515 (AW), Mej Mohd Rafizu bin Muda bertempat di Padang Kawad Rej pada 28 Feb 23.

Kursus ini berlangsung selama 4 minggu iaitu bermula dari 20 Feb hingga 21 Mac 23 melibatkan seramai 74 anggota Perajurit Muda (PJM) dari Rej 515 AW. Kursus ini memberi fokus untuk melatih Perajurit Muda Sukarela Askar Wataniah dalam pelaksanaan tugas-tugas asas sebagai seorang anggota tentera di dalam batalion infantri AW.

Objektif kursus ini adalah untut menentukan Perajurit Sukarela dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang soldadu Tentera Darat dengan menerapkan nilai-nilai Sistem Pemerintahan Rejimental dan Peradaban sebagai seorang anggota tentera setelah menamatkan kursus nanti.

Pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi dengan tumpuan yang merangkumi Pengukuhan Profesionalisme anggota berfokuskan pencapaian keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki.

Turut hadir dalam Majlis Pembukaan Kursus ini adalah Pen Peg Mem Bn 1, Mej Eswandi bin Masuri, Pen Peg Mem Bn 2, Lt Kol Mohd Iskandar David bin Abdullh, Pen Peg Mem Bn 3, Mej Christopher Ching Boon Tong dan Ajt Bn 1, Lt Abdul Rahim bin Mohamad.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ZNYBXHxZkNyMPjHxm99WGZMUMgD743j1xq9dRWLVVRmyMseFJ2ikDkA2shzT7KNtl&id=100065011680124&mibextid=Nif5oz

                       WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.15WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.16          

                      WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.16 1WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.16 2

                     WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.17WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.17 1

                    WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.18WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.18 1

                   WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.18 2WhatsApp Image 2023 02 28 at 17.02.19