WhatsApp Image 2023 02 27 at 14.45.36 1WhatsApp Image 2023 02 27 at 14.45.35 2

                                                            WhatsApp Image 2023 02 27 at 14.45.34 2WhatsApp Image 2023 02 27 at 14.45.35

                                                                                                       WhatsApp Image 2023 02 27 at 14.45.34WhatsApp Image 2023 02 27 at 14.45.33

 

Kelantan: Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail  telah melaksanakan Lawatan Kerja Ke Rejimen 506 Askar Wataniah pada 27 Feb 23 dan diiringi oleh Pegawai Staf 2 Belanjawan, BPS, Mej Shahizam bin Mohd Sharif. Lawatan Kerja ini merupakan Lawatan Kerja julung kali bagi AP PS ke Rejimen 506 Askar Wataniah setelah mengambil alih tugas sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan Ke - 28 pada 17 Ogos 22.

Tujuan pelaksanaan lawatan ini diadakan memberi peluang kepada AP PS untuk turun padang bagi melihat tahap infra dan logistik pasukan bagi pentadbiran dan laihan Askar Wataniah. Di dalam lawatan tersebut, AP PS berkesempatan untuk meluangkan masa bersama pegawai dan anggota rejimen dalam Sesi Dialog serta menyampaikan amanat serta nasihat kepada mereka.

Sesungguhnya, kehadiran AP PS semasa lawatan berkenaan memperlihatkan kepimpinan tertinggi  memandang serius berkenaan usaha meningkatkan keperluan infra penginapan dan latihan Askar Wataniah serta meningkatkan keperluan logistik yang kritikal. 
 
Selain itu ia sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD, iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penumpuan kepada aspek mempraktikkan sistem tadbir urus yang telus dan teratur, serta Tonggak Ketiga iaitu ‘Pelestarian Kesejahteraan Warga’, yang amat menitikberatkan aspek kebajikan kepada warga TDM.