Kuala Lumpur: Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) telah diadakan bertempat di Sri Watan Lounge, BPS pada 23 Feb 23. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail, Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS).

Majlis didahului dengan pemakaian pangkat Sarjan ke Staf Sarjan kepada SSjn Mohd Nor Azuan bin Zainal dan menjawat jawatan Ketua Kerani Sel Rancang, BPS. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat LKpl ke Kpl kepada Kpl Ngu Fui Yu dan menjawat jawatan sebagai kerani gaji Sel Belanjawan, BPS. 

AP PS mengucapkan tahniah dan berpesan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat pada hari ini supaya senantiasa berusaha melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Seluruh warga Askar Wataniah mengucapkan tahniah dan syabas kepada anggota yang dipakaikan pangkat hari ini. Semoga kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin untuk terus memberikan khidmat bakti dengan penuh kredibel dan cemerlang.

                         DSC 1381DSC 1392DSC 1406