Sungai Besi:  Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Askar Wataniah telah diadakan di Wisma Perwira Tentera Darat pada 22 Feb 23 yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain.

Penganugerahan Tauliah Kolonel Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada 3 penerima iaitu YB Dato, Hj Haris bin Kasim, Pengerusi JAKPAW Negeri Selangor, Prof Dato' Dr Razli bin Che Razak, Komandan PALAPES UMK, Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia serta pemakaian pangkat Mejar ke Leftenan Kolonel (AW) kepada 2 pegawai sukarela Askar Wataniah iaitu Mej Dr Raja Ahmad Shalaby bin Raja Hassan, Timb Komdn PALAPES UPSI, Mej Zamri bin Wahab, Peg Mem, Bn 2, Rej 505 AW.

PTD dalam ucapannya berpesan kepada semua pegawai kanan yang telah dinaikkan hari ini supaya senantiasa berusaha menjadi pemimpin yang berwibawa dalam membimbing dan memimpin anggota bawahan yang kini terdiri daripada generasi baharu yang memerlukan variasi kepimpinan yang lebih sesuai.

Seluruh warga Askar Wataniah mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pegawai kanan yang dipakaikan pangkat hari ini. Semoga kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin untuk terus memberikan khidmat bakti dengan penuh kredibel dan cemerlang.

Majlis ini seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang menekankan aspek memberi pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

                                     PR8 0449PR8 0345

                                     PR8 0350PR8 0337

                                     PR8 0441PR8 0556