Kuala Lumpur: Mesyuarat Asisten Panglima Pasukan Simpanan telah dilaksanakan pada 16 hingga 17 Feb 23 bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat. Mesyuarat Asisten Panglima Pasukan Simpanan merupakan mesyuarat tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian ini. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Timbalan Komander Rejimen Siri 500 Askar Wataniah (AW), Komandan PUSWATAN, wakil Jabatanarah, Formasi dan BCJ. Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan membincangkan perkara – perkara merangkumi semua aspek di bawah kawalan teknikal Bahagian Pasukan Simpanan bagi Rejimen Siri 500 AW, pasukan pakar AW dan unit kor AW.

Mesyuarat ini dilaksanakan berkonsepkan perbincangan dan pertukaran idea di kalangan ahli mesyuarat yang hadir. Resolusi dan keputusan yang diperolehi akan digunapakai bagi penambahbaikan pengurusan AW pada masa akan datang tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa sedia ada dalam TD.

DSC 0738DSC 0740DSC 0792DSC 0817DSC 0820DSC 0837DSC 0850DSC 0782DSC 0789