Kuala Lumpur: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Tadbir Sumpah Penyerapan Anggota Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa ke dalam Angkatan Tetap di Auditorium BKTD pada 15 Feb 23.

Majlis ini melibatkan seramai 24 anggota Lain-Lain Pangkat BKTD diserapkan ke Angkatan Tetap hasil daripada komitmen dan kecemerlangan yang telah dipamerkan.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang telah diserap ke Angkatan Tetap. Semoga dengan penyerapan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan komited dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohd bin Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Sofi bin Md Lepi, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Hamdan bin Haji Ismail dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

Acara ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang memberikan pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti.

WhatsApp Image 2023 02 16 at 11.20.45 AM 2WhatsApp Image 2023 02 16 at 11.20.45 AMWhatsApp Image 2023 02 16 at 11.20.46 AM 1WhatsApp Image 2023 02 16 at 11.20.46 AM 2WhatsApp Image 2023 02 16 at 11.20.46 AM 3WhatsApp Image 2023 02 16 at 11.20.46 AM 4WhatsApp Image 2023 02 16 at 11.20.46 AMWhatsApp Image 2023 02 16 at 11.20.45 AM 3