Pulau Pinang: Perbarisan Pembukaan Latihan Askar Wataniah Rejimen Semboyan Divisyen Kedua Infantri telah dilaksanakan pada 12 Feb 23 bertempat di Padang Kawad Rejimen. Perbarisan ini melibatkan seramai 23 anggota Sukarela rejimen dan telah disempurnakan oleh Mej Syamira Amira binti Salleh, Ketua Skuadron Bantuan rejimen ini. 

Pelaksanaan Latihan Askar Wataniah bertujuan memberi iImu ketenteraan dimana ianya amat penting untuk melahirkan anggota tentera yang bersahsiah mulia dan berpengetahuan tinggi. Ilmu ketenteraan dilihat sebagai perkara asas yang amat diperlukan bagi membentuk fikrah atau pemikiran anggota tentera de­ngan teori-teori ketenteraan yang kontemporari.

Manakala latihan ketenteraan pula dilihat sebagai perkara khusus untuk membentuk disiplin, membina sahsiah diri dan melengkapkan kemahir­an ketenteraan bagi anggota tentera. Selain itu, melihat kepada teknologi ketenteraan yang semakin canggih serta isu-isu kese­lamatan yang kompleks, maka amatlah mustahak bagi seorang anggota tentera untuk menguasai ilmu ketenteraan dalam pelbagai bidang berkaitan.

Seiring dengan arus pemo­denan yang sedang berlaku, pepe­rangan berkemungkinan tidak lagi menjurus kepada penggunaan persenjataan konvensional semata-mata, malahan boleh berlaku dari pelbagai dimensi. Justeru, negara memerlukan anggota tentera yang berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan untuk mempertahankan tanah air.

PEMBUKAAN LATIHAN 3PEMBUKAAN LATIHAN 1