Pulau Pinang: Perbarisan Pemakaian Pangkat Rejimen Semboyan Divisyen Kedua Infantri telah dilaksanakan pada 10 Feb 2023 bertempat di Padang Kawad Rejimen. Perbarisan ini melibatkan semua pegawai dan anggota rejimen yang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Rejimen Semboyan Divisyen Kedua Infantri, Kol Liza binti Sakiran. Seramai 4 orang anggota Sukarela telah dipakaikan pangkat dari Prebet ke Lantikan Lans Koperal. Semoga para anggota yang telah dinaikkan pangkat akan lebih bersemangat berbakti kepada negara dengan  melaksanakan tudas yang diberi dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Kenaikan pangkat merupakan suatu anugerah di mana ianya hadir bersama amanah, tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya dan kalian terikat dengan peraturan serta arahan yang dikeluarkan oleh Tentera Darat (TD) khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya, jelas Peg Memerintah 2 RSD. Pelaksanaan program seumpama ini seiring dengan tema Hari Tentera Darat Ke-89 iaitu Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin.

PANGKAT 1PANGKAT 2PANGKAT 3PANGKAT 4PANGKAT 5PANGKAT 6