Kuala Terengganu: Satu sesi ramah mesra Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail, Asisten Panglima Pasukan Simpanan serta delegasi dari MK-TD BPS bersama pegawai-pegawai Rej 512 AW telah dilaksanakan pada 8 Feb 23 bertempat di Restoran B’Beteng. Sesi ramah mesra ini turut disertai oleh YAM Komander Rej 512 AW. Tujuan sesi ramah mesra ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin dan pada masa yang sama memperkukuhkan lagi semangat kerjasama dalam kalangan pegawai agar sentiasa bersatu padu dan bergerak sebagai satu entiti bersama walau apa jua cabaran dan rintangan dapat dihadapi disamping menyambut kedatangan YBhg AP PS ke Negeri Terengganu. Lawatan sebegini akan terus dilaksanakan sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada kesepaduan dan kebersamaan.

                                       WhatsApp Image 2023 02 08 at 9.15.28 PMWhatsApp Image 2023 02 08 at 10.50.06 PM