Kuala Lumpur: Seminar Pegawai Memerintah/ Pemerintah telah dilaksanakan pada 10 hingga 12 Feb 23 bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur. Seminar ini melibatkan seramai 66 Pegawai Memerintah/Pemerintah/ Timbalan Komandan Pasukan Askar Wataniah. Seminar ini telah dirasmikan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail. Pelaksanaan seminar ini merupakan salah satu platform perkongsian maklumat dan medan percambahan fikiran di antara Peg Mem, Pem dan Timb Komdn Sukarela AW dengan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS).

Segala penemuan dan cetusan idea yang terhasil semasa seminar ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi serta legasi AW demi mencapai gagasan dan hala tuju dalam membantu ganti Angkatan Tetap apabila diperlukan pada suatu masa nanti.

Pelaksanaan seminar juga turut mengariskan beberapa objektif iaitu menjana percambahan fikiran dalam meningkatkan prestasi pelaksanaan Latihan, perkembangan laluan kerjaya, dasar-dasar semasa ATM dan konsep atur gerak Sykarela AW pada masa akan datang.

Selain itu, sebagai platform perkongsian idea untuk meningkatkan pengetahuan Peg Mem, Pem dan Timb Komdn  Sukarela AW serta mendapatkan maklum balas mengenai G,A dan Q yang berkaitan dengan pegawai dan anggota Sukarela AW.

Bahagian Pasukan Simpanan mengharapkan segala perkongsian idea, hasil keputusan dan kata sepakat yang dipersetujui di dalam seminar ini dapat direalisasikan dengan jayanya bagi membangun Askar Wataniah yang kredibel dan berwibawa.

WhatsApp Image 2023 02 11 at 11.10.23WhatsApp Image 2023 02 11 at 23.56.00WhatsApp Image 2023 02 11 at 23.56.00 1WhatsApp Image 2023 02 11 at 23.56.01WhatsApp Image 2023 02 11 at 23.56.01 1WhatsApp Image 2023 02 11 at 23.56.02

WhatsApp Image 2023 02 14 at 09.10.30WhatsApp Image 2023 02 14 at 09.10.29WhatsApp Image 2023 02 14 at 09.10.28WhatsApp Image 2023 02 14 at 09.10.28 1WhatsApp Image 2023 02 14 at 09.10.36WhatsApp Image 2023 02 14 at 09.10.36 1