Pagoh: Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda (APMS) Siri 1/2023 Rejimen 501 Askar Wataniah telah dilaksanakan pada 10 Feb 23 dan telah dirasmikan oleh Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah bertempat di Universiti Tun Huasein Onn Malaysia (UTHM).

Pembukaan kursus ini turut dihadiri oleh Prof IR Dr Mohd Kamarulzaki bin Mustafa selaku penyelaras Askar Wataniah UTHM dan En Mohamad Afifi bin Ismail, Penyelaras Askar Wataniah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), dan semua Penolong Pegawai Memerintah Batalion-batalion.

Kursus APMS ini dilaksanakan selama satu bulan bermula pada 5 Feb hingga 6 Mac 23 yang berkekuatan seramai 82 penuntut. Timbalan komander mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penuntut kursus kerana berkelapangan bagi menghadiri kursus APMS ini.

Terdapat beberapa objektif pelaksanaan kursus ini antaranya adalah anggota memahami asas ketenteraan sebagai anggota tentera, memupuk semangat kerjasama di dalam satu kumpulan, memupuk ketahanan fizikal dan mental serta berkemampuan melaksanakan apa jua tugasan yang diberi dalam apa jua keadaan.

Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah menyatakan harapan beliau agar para anggota yang hadir kursus ini mempelajari sebanyak mungkin ilmu yang diberi dan menjalani kursus dengan semangat yang tinggi bagi peningkatan nilai profesion ketenteraman berdasarkan pengalaman latihan, tugas, tanggungjawab dan misi ketenteraan.

WhatsApp Image 2023 02 10 at 16.02.16WhatsApp Image 2023 02 10 at 16.02.16 1WhatsApp Image 2023 02 10 at 16.02.16 2WhatsApp Image 2023 02 10 at 16.02.17WhatsApp Image 2023 02 10 at 16.02.17 1