Johor Bahru: Perbarisan Pembukaan Latihan Askar Wataniah Rejimen 501 Askar Wataniah yang berkekuatan seramai 35 pegawai dan 150 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia pada 4 Feb 23 di padang kawat pasukan.

Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP Tetap dan Sukarela serta Penyampaian Sijil Kecemerlangan bagi pegawai dan anggota LLP Sukarela yang telah menghadiri Kursus Kerjaya dengan jayanya samada di Pusat Latihan Askar Wataniah ( PUSWATAN) atau di pasukan telah dilaksanakan diakhir acara perbarisan ini . Seterusnya, Majlis Perasmian Sirkit Merentas Halangan yang baharu siap dibina di dalam Kem Tebrau turut dilaksanakan dan dirasmikan oleh Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia.    WhatsApp Image 2023 02 04 at 12.06.18WhatsApp Image 2023 02 04 at 12.06.18 1        

                         WhatsApp Image 2023 02 04 at 12.06.18 2WhatsApp Image 2023 02 04 at 12.06.17

                         WhatsApp Image 2023 02 04 at 12.06.16 2WhatsApp Image 2023 02 04 at 12.06.19 2WhatsApp Image 2023 02 04 at 12.06.20