Kuala Terengganu: seramai 15 pegawai dan 104 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen 512 Askar Wataniah Ke - 42 pada 3 Feb 23 bertempat di Padang Kawad Kem Padang Midin yang telah disempurnakan oleh YAM Komander. Turut hadir bersama di dalam perbarisan ini adalah Pengerusi JAKPAW Negeri Terengganu, YBM Kolonel (Kehormat) Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Mejar (Kehormat) Dato’ Mohamed Farid bin Hj Surani. Selain itu, upacara pemakaian pangkat kepada 2 pegawai dan 19 anggota LLP Sukarela juga turut telah disempurnakan oleh YAM Komander. YAM Komander di dalam ucapannya telah menekankan agar semua peringkat pegawai dan anggota Sukarela sentiasa menggembleng tenaga serta mengekalkan semangat kerjasama yang tinggi dalam usaha merealisasikan Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah  yang telah digariskan dengan berkesan.

                                                DSC5259 DSC5161 DSC4953