Kuala Lumpur: Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) telah menganjurkan  Program Ceramah Kesedaran Anti Keganasan pada 3 Feb 23 bertempat di Dewan Watan BPS. Program ini melibatkan semua pegawai, anggota dan staf dari semua cawangan/ sel/ bahagian yang berpusat di Markas Tentera Darat 2. Program ini telah disampaikan oleh tetamu jemputan,  Kol Dr zulkarnain Haron, Ketua Cawangan Anti Keganasan, Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) dan Ketua Task Force Perisai Wira, ATM dan telah dirasmikan ole AP PS, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail.

Program ini dilaksanakan bertujuan sebagai pendedahan berkaitan ancaman eksremisme, radikalisme, terrorisme serta ajaran menyeleweng kepada keselamatan diri, keluarga, ATM dan negara disamping menjelaskan akibat daripada penglibatan dalam ancaman tersebut. Bahagian ini mengharapkan program sebegini membuka minda para pegawai, anggota dan staf serta dianjurkan di peringkat pasukan Askar Wataniah dari semasa ke semasa.

Boleh layari Portal Terrorism Observer di https://terrorismobserver.com/ 

WhatsApp Image 2023 02 03 at 11.37.08 1WhatsApp Image 2023 02 03 at 11.37.08WhatsApp Image 2023 02 03 at 11.37.07WhatsApp Image 2023 02 03 at 11.59.24