WhatsApp Image 2023 01 19 at 1.01.00 PM 2WhatsApp Image 2023 01 19 at 1.01.00 PM 3WhatsApp Image 2023 01 19 at 1.01.00 PM

 

Kuala Lumpur: Bahagian Pasukan Simpanan telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat Awal Tahun 2023. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai, anggota dan staf awam Bahagian  ini pada 13 Jan 23 bertempat di Dewan Watan, Bahagian Pasukan Simpanan. Majlis keagamaan ini merupakan satu unsur yang sangat penting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang anggota muslim dalam usaha melahirkan anggota yang cemerlang sahsiah dan seimbang dari segi mental, jasmani, emosi dan rohani. Selain itu, majlis ini dilaksanakan bertujuan mendoakan kesejahteraan dan dipermudahakan urusan sepanjang tahun 2023 agar dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jayanya .Semoga Tahun 2023 menjadi awalan yang baik dan penuh berkah kepada Bahagian Pasukan Simpanan.