Kuala Lumpur: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menerima Kunjungan Hormat daripada Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan (KP BPS), Brigedier Jeneral Hashim bin Haji Osman di Pejabat PTD, Wisma Pertahanan pada 4 Jan 23.

Kunjungan Hormat ini dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan nasihat daripada kepimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM). Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Brigedier Jeneral Hashim bin Haji Osman akan bertukar keluar bagi menjawat jawatan sebagai Panglima Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd).

Seluruh warga Askar Wataniah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Brigedier Jeneral Hashim bin Haji Osman dan semoga organisasi baharu akan terus diterajui dengan penuh kecemerlangan.

      WhatsApp Image 2023 01 04 at 12.17.39WhatsApp Image 2023 01 04 at 12.17.40 

       WhatsApp Image 2023 01 04 at 12.17.40 1WhatsApp Image 2023 01 04 at 12.17.41