Kuala Terengganu: Rej 512 AW dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan, PERTAM telah menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Hulu Terengganu pada 27 Dis 22 melibatkan penempatan di Kg Bukit Tadok, Kg Paloh Nyior, Kg Nibong dan Kg Kuala Ping. Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW turut bersama-sama hadir di dalam program ini. Seramai 6 peg dan 15 anggota LLP bersama 11 ahli NGO telah terlibat dengan pengagihan bantuan sumbangan ini. Tujuan bantuan ini dilaksanakan adalah untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas akibat banjir pada 19 Dis 22 yang lalu disamping memberi sokongan moral.

               IMAGE 1IMAGE 2

        IMAGE 3IMAGE 4