Kuala Terengganu: Seramai 3 peg dan 20 anggota LLP Rej 512 AW telah menghulurkan bantuan membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Manir pada 26 Dis 22 yang telah terjejas akibat bencana banjir. Timb Komdr Rej 512 AW, Lt Kol AhmadAzahari bin Jamaluddin turut hadir dalam pelaksanaan program ini. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kerjasama dengan pihak awam khususnya guru sekolah membersihkan kawasan sekolah sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan yang bakal bermula pada awal tahun hadapan selari dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”.

          IMAGE 2IMAGE 3IMAGE 4