Hulu Terengganu: Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja telah berkenan mencemar duli menziarahi serta memberikan bantuan sumbangan kepada mangsa banjir di KTJ Setiu dan Hulu Terengganu yang menempatkan seramai 697 keluarga berjumlah 2301 mangsa secara keseluruhan merangkumi 7 PPS iaitu PPS SK Jeram, PPS Nyatoh, PPS SK Telaga Papan, PPS SK Kemat, PPS SK Kua, PPS SK Pulau Selari dan PPS SK Tebing Tembah pada 24 dan 25 Dis 22. Turut serta bersama di dalam lawatan ini adalah Yang Berhormat Mulia, Tengku Sri Bijaya Raja, Kolonel (Kehormat) Tengku Farouk bin Tengku Hussin, Pengerusi JAKPAW Negeri Terengganu, YAM Komander serta YBhg Timbalan Komander Rej 512 AW.

                IMAGE 4IMAGE 5 

         IMAGE 3IMAGE 2IMAGE 1