Kuala Lumpur: Rej 515 AW telah mengadakan Majlis Cocktail bertempat di Hotel Royale Chulan, Damansara pada 30 Dis 22. Majlis tersebut melibatkan pegawai dan PTTK tetap, pegawai Sukarela serta Ahli JAKPAW Rej 515 AW.  Panglima 12 Bgd, Brig Jen Sani bin S Omar, Ketua Pengarah BPS, Brig Jen Hashim bin Hj Osman, Pengarah R & P BPS, PS 1 Tadbir BPS, mantan Timb Komd dan mantan Pegawai Memerintah turut hadir. Majlis telah disempurnakan oleh Komdr Rej 515 AW, Kol Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman.

Pelaksanaan majlis ini bertujuan merapatkan lagi hubungan di antara Pegawai dan PTTK Tetap, Pegawai Sukarela serta Ahli JAKPAW dengan pemerintah formasi dan pihak BPS. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Komdr Rej 515 AW, Kol Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman. Aktiviti ini bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

   WhatsApp Image 2023 01 03 at 13.46.48 1WhatsApp Image 2023 01 03 at 13.46.49 1

WhatsApp Image 2023 01 03 at 13.46.50WhatsApp Image 2023 01 03 at 13.46.52 2