Kuala Lumpur: Perbarisan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Siri 2/2022 telah diadakan di Dataran Sukan BPS pada 19 Dis 22. Perbarisan ini telah dihadiri oleh semua warga BPS yang diketuai oleh Pegawai Staf 1 Tadbir, Lt Kol Mohd Najib bin Mohtar. Perbarisan dimulai dengan pemeriksaan barisan oleh Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail, Asisten Panglima Pasukan Simpanan.

Seterusnya, perbarisan diteruskan dengan acara pemakaian pangkat anggota lai-lain pangkat (LLP) BPS. Seramai 3 x anggota LLP telah dipakaikan pangkat dari Prebet ke lantikan Lans Koperal telah dipakaikan pangkat oleh YBhg Datuk AP PS.

Acara diakhiri dengan ucapan YBhg Datuk AP PS. YBhg Datuk mengucapkan ucapan tahniah kepada anggota yang telah dipakaikan pangkat. YBhg Datuk juga menasihatkan kepada anggota yang telah dipakaikan pangkat bahawa pangkat dating bersama tanggungjawab dan berharap agar dapat menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya. Tambahan lagi, YBhg Datuk menyatakan harapan agar pada tahun 2023 nanti, semua pegawai dan anggota saling bekerjasama dan bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti Bahagian ini dalam bidang masing-masing agar lebih baik, dan teratur supaya mengekalkan nama baik Bahagian dan mengharumkan Askar Wataniah disamping meningkatkan tahap disiplin diri masing-masing.

     WhatsApp Image 2022 12 19 at 12.21.28WhatsApp Image 2022 12 19 at 12.55.38

     WhatsApp Image 2022 12 19 at 12.55.38 1WhatsApp Image 2022 12 19 at 12.21.49     WhatsApp Image 2022 12 19 at 12.21.49 1WhatsApp Image 2022 12 19 at 12.21.51