Kuala Terengganu, Komander Rejimen 512 AW, YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan isteri, diiringi oleh YBhg Timbalan Komander dan Pengerusi BAKAT Rejimen 512 AW serta pegawai-pegawai telah mengadakan Lawatan Kebajikan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus merangkumi PPS di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, SK Atas Tol dan SK Bukit Nanas pada 11 Dis 22 mulai jam 1530. Terdapat 74 keluarga telah ditempatkan di PPS tersebut yang merupakan KTJ Rejimen 512 AW di dalam pelaksanaan Op MURNI 2022/2023. Tujuan lawatan ini dilaksanakan adalah untuk menilai situasi semasa di PPS tersebut serta menghulurkan sumbangan kepada semua mangsa banjir.

                   Image 1Image 2

          Image 3Image 4Image 5