Perlis: Sidang Komander Askar Wataniah merupakan persidangan tahunan yang telah bermula pada tahun 1996 dan diteruskan pelaksanaannya sehingga kini. Sidang Komander Askar Wataniah Siri 33/2022 telah dilaksanakan pada 28 sehingga 30 Okt 22 bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Perlis. Persidangan kali ini dipengerusikan oleh YBhg Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan dihadiri oleh semua komander Rejimen Siri 500 dan Pakar Askar Wataniah (AW).

Penganjuran Sidang Komander Askar Wataniah Siri 33/2022 telah dikoordinasikan dan diterajui oleh Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang telah dilantik sebagai pasukan penganjur semasa Sidang Komander Askar Wataniah Siri 32/2022 yang lalu dan kerjasama daripada Bahagian Pasukan Simpanan, UNIMAP dan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perlis.

Persidangan kali ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai aspek latihan, pentadbiran dan logistik di pasukan Rejimen Siri 500 Askar Wataniah dan pasukan Pakar AW.

Terdapat beberapa pengisian aktiviti telah dilaksanakan sepanjang penganjuran sidang seperti lawatan ke Rattanapol Camp, Hatyai, Sadao, Central Festival Mall, lawatan ke Khlong Hae Floating Market dan acara Kayuhan & Explorace di Kampung Warna Warni, Kuala Perlis.

Lawatan-lawatan yang dilaksanakan bertujuan mengukuhkan kerjasama pertahanan dengan negara-negara serantau Asia Tenggara melalui perkongsian, pertukaran maklumat semasa lawatan kerja di Rattanapol Camp, Hatyai, Thailand seiring dengan Tonggak Keempat Panglima Tentera Darat Ke-28, Pengukuhan Perhubungan Pertahanan. Selain itu, lawatan ke tempat-tempat sekitar Hatyai dan Sadao, Thailand juga turut dilaksanakan bertujuan mempelajari budaya dan tradisi masyarakat negara lain dimana ianya penting untuk memupuk rasa toleransi dan menghargai kepelbagaian yang lebih baik.

 Tambahan lagi, selain daripada lawatan ke kawasan yang menjadi daya tarikan di Perlis, acara Kayuhan & Explorace di Kampung Warna-warni turut dilaksanakan bertujuan sebagai salah satu aktiviti riadah ahli sidang disamping mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama. Ahli-ahli sidang turut berpeluang meneroka dan menghayati keindahan kawasan persekitaran.

Ucapan Syabas dan terima kasih, YBhg TPTD kepada Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang telah menjadi tuan rumah dan semua pihak yang telah terlibat dalam penganjuran persidangan pada kali ini. Diharapkan hasil keputusan dan kata sepakat yang dipersetujui di dalam persidangan ini dapat direalisasikan dengan jayanya bagi membangun Askar Wataniah yang kredibel dan berwibawa. Keberhasilan usaha ini secara keseluruhannya amat bergantung kepada perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang teliti oleh semua pihak. Komitmen oleh pucuk pimpinan TD dan negeri serta Kerjasama JAKPAW akan menjadi faktor kejayaan usaha pembangunan Askar Wataniah ini.

WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.54.24WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.17.13WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.17.12WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.54.24 1WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.54.25WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.54.26

Sidang Komander Askar Wataniah Siri 33/2022 di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.00.04WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.00.03WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.00.04 1WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.00.04 2WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.00.04 3WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.00.04 4WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.00.04 5WhatsApp Image 2022 10 30 at 15.02.32

Lawatan Ke Thailand

WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.56.31WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.56.31 1WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.56.32 1WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.56.33WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.56.33 1WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.56.34WhatsApp Image 2022 10 30 at 14.56.34 1

Aktiviti Kayuhan dan Explorace di Kampung Warna-Warni