Hulu Langat: Seramai 15 pegawai dan 60 anggota LLP tetap serta Sukarela telah menjayakan Program Jiwa Murni (PJM) anjuran Rej 515 (AW) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Perkampungan Orang Asli Sg Gabai, Hulu Langat pada 20 dan 21 Okt 22.

Program pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Komander Rej 515 (AW), Kol Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman diiringi oleh Timbalan Komander Rej 515 (AW), Lt Kol Marzuki bin Md Yusof dan Peg Mem Bn 1 dan 3.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan TD dengan komuniti setempat, meningkatkan imej TD serta menarik minat orang awam untuk menceburi bidang ketenteraan.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program ini. Hari pertama aktiviti yang dilaksanakan adalah gotong-royong membersihkan surau, mengecat surau, solat maghrib, tazkirah agama dan solat isyak di Surau As Saakinah. Selesai aktiviti di surau, majlis diteruskan dengan majlis makan malam dan BBQ bersama penduduk kampung serta tayangan filem.

Program diteruskan lagi pada pagi 22 Okt 22 dengan solat subuh, kuliah subuh, sarapan pagi, ziarah kasih dan majlis perasmian Program Jiwa Murni. Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh wakil Tok Batin KOA Sungai Gabai, ucapan aluan oleh Peg JAKOA daerah Hulu Langat, Pn Norazila binti Zakaria serta ucapan perasmian dari Komander Rej 515 (AW), Kol Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman. Sepanjang program berlangsung, D' Xplosion Band daripada 91 Rej Bantuan RAJD turut dijemput untuk menceriakan suasana.

Seterusnya acara penyerahan kit ibadah, bakul makanan serta bantuan perubatan kepada penduduk kampung yang disumbangkan oleh Pharmaniaga Berhad. Syukur kepada Allah S.W.T dalam program yang telah diadakan selama dua hari ini seramai 9 orang kampung telah melafazkan syahadah bersama Kol Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman.

Selain MAIWP, program ini juga turut dibantu oleh Syarikat Pharmaniaga Berhad dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Kembara Insani. Turut hadir ahli-ahli JAKPAW Rej 515 (AW) iaitu Pegawai Perhubungan Kerajaan Pharmaniaga Berhad, Mej (K) Hj Aminuddin bin Ab Rahman, Ketua Unit Integriti, Mej (K) Hj Muhamad Safwan bin Saidin dan Setiausaha Pegawai Eksekutif, Mej (K) Noriza binti Abd Rahim daripada MAIWP. Majlis diakhiri dengan jamuan kenduri rakyat bersama penduduk kampung dan acara bergambar.

Perlaksanaan program ini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu ‘Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam.

WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.24WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.25WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.26WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.26 1WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.26 2WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.26 3WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.27WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.27 1WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.28WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.28 1WhatsApp Image 2022 10 23 at 20.32.28 2