Kuala Lumpur: Majlis Ramah Mesra Bahagian Pasukan Simpanan bersama Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail pada 14 Okt 22 bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail. Majlis ramah mesra ini melibatkan semua pegawai bersama pasangan Bahagian Pasukan Simpanan.

Majlis ramah mesra YBhg Datuk AP PS bersama pegawai bersama pasanagn Bahagian ini merupakan perjumpaan kali pertama  semenjak pelantikan AP PS pada 18 Ogos 22 sebagai AP PS Ke-28

Tujuan Majlis ini diadakan adalah sebagai sesi ramah mesra YBhg Datuk AP PS bersama staf bagi mengeratkan lagi ikatan ukhuwah dan silaturrahim di antara satu sama lain.

Di dalam ucapan beliau, YBhg Datuk AP PS mengucapkan terima kasih kepada pasangan di atas segala pengorbanan,  kesabaran serta memahami tugas para suami dan isteri Bahagian ini yang lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja berbanding bersama keluarga lebih-lebih lagi penganjuaran Mesyuarat Sidang Komander Askar Wataniah Siri 33/22 yang akan dilaksanakan pada 27 sehingga 30 Okt 22 di Perlis.

Majlis diakhiri dengan sambutan Hari Lahir kepada para pegawai yang dilahirkan pada bulan Oktober dan penyampaian cendera kenangan oleh YBhg Datuk AP PS kepada Cheg Dato' Ismail. 

      WhatsApp Image 2022 10 17 at 11.10.33 2WhatsApp Image 2022 10 17 at 11.10.33 1

      WhatsApp Image 2022 10 17 at 11.10.33WhatsApp Image 2022 10 17 at 11.10.36 1WhatsApp Image 2022 10 17 at 11.10.36