Timb Komd Rej 515 (AW), Lt Kol Marzuki bin Md Yusof telah mengetuai Latihan Kem Tahunan Fasa Medan Siri 2/2022 bertempat di 19 RAMD (Mek) Kem Lapangan Terbang, Sg Petani, Kedah mulai 10 hingga 14 Okt 22.

Seramai 18 Peg dan 88 Anggota Sukarela terlibat dalam LKT Siri 2 pada tahun ini. LKT pada kali ini berkonsepkan Conventional Warfare (CW) dan fokus kepada OBUA. Pelbagai aktiviti dilaksanakan dengan menggunakan bantuan aset dan anggota 19 RAMD (Mek), antaranya pengenalan kepada peranan dan tugas Mekanize dalam OBUA. Kelas dan latihan OBUA bersama kenderaan Gempita dikendalikan oleh Komp B, 19 RAMD (Mek) di Medan Tempur Halilintar 2 Div.

Turut hadir bersama dalam latihan adalah Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mej (K) Hj Aminuddin bin Ab Rahman, Pegawai Perhubungan Kerajaan Kumpulan Pharmaniaga Berhad, Peg Mem Bn 1 dan 3, Pen Peg Mem Bn 3, Ket Cwg Latih, PW 1 Mohd Khairi Fitri bin Man, Sarjan Mejar Rejimen.

Pelaksanaan latihan ini sejajar dengan Tonggak Pertama dan Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan dan Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

       WhatsApp Image 2022 10 14 at 17.54.23WhatsApp Image 2022 10 14 at 17.54.23 2

           WhatsApp Image 2022 10 14 at 17.54.23 3WhatsApp Image 2022 10 14 at 17.54.24WhatsApp Image 2022 10 14 at 17.54.23 1