Kuala Lumpur: Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Hamdan bin Hj Ismail melakukan Lawatan Ulung ke Rej 515 (AW) pada 6 Okt 22. Lawatan dimulakan dengan melaksanakan Pemeriksaan Kawalan Kuarter di Balai Pengawal yang diketuai oleh 1167192 Sjn Khairulnizam bin Zanal Fatry. Asisten Panglima Pasukan Simpanan seterusnya dibawa ke Padang Kawad Rejimen untuk menonton Pertunjukan OBUA Drill Exercise (ODX) oleh Anggota Sukarela yang diketuai oleh Lt Hew Teck Loong.

Lawatan Ulung ini adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Asisten Panglima Pasukan Simpanan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 17 Ogos 22. Acara dimulakan dengan sesi bergambar, taklimat berkenaan perkara Gerakan, Tadbir dan Logistik oleh Timbalan Komander, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof di Bilik Taklimat Rej serta lawatan ke Stor Senjata Rej.

Seterusnya, Asisten Panglima Pasukan Simpanan telah dibawa ke Dewan Makan Rej untuk jamuan ringan dan perjumpaan bersama Anggota Tetap dan Sukarela sempena Latihan Kem Tahunan Siri 2/22 yang dianjurkan.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Timbalan Komander, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof kepada Asisten Panglima dan semua yang hadir. Asisten Panglima Pasukan Simpanan telah menyampaikan ucapan dan amanat beliau di Dewan Makan Rej bertujuan menerangkan tahap kesiapsiagaan serta Rancangan Hadapan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) dalam mendukung Tonggak Panglima Tentera Darat Ke-28. Lawatan tersebut diakhiri dengan menandatangani buku lawatan dan pertukaran Cendera kenangan.

Aktiviti ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

                     WhatsApp Image 2022 10 07 at 13.51.23 1WhatsApp Image 2022 10 07 at 13.51.32 3  

                    WhatsApp Image 2022 10 07 at 13.51.32 2WhatsApp Image 2022 10 07 at 13.51.28 1

                    WhatsApp Image 2022 10 07 at 13.51.25WhatsApp Image 2022 10 07 at 13.51.27 2