Kluang, Johor: Latihan Kem Tahunan Gabungan Skn RAJD (AW) telah dilaksanakan pada 21 Sep 22 sehingga 4 Okt 22. Objektif Latihan ini adalah untuk menguji pengetahuan dan meningkatkan kemahiran Pegawai dan Anggota Sukarela Skn RAJD (AW) di dalam pengetahunan am ketenteraan meliputi Latihan Asas Ketenteraan, latihan Kejuruteraan Medan dan Latihan Rejimental. Latihan ini melibatkan keseluruh empat Skn RAJD (AW) di bawah pemerintahan MK RAJD PMBTD iaitu 21 Skn RAJD (AW), 22 Skn RAJD (AW), 23 Skn RAJD (AW) dan 24 Skn RAJD (AW). Seramai 13 pegawai dan 162 anggota Sukarela Skn RAJD (AW) telah terlibat sepanjang latihan ini dilaksanakan.
Perlaksanaan latihan bagi Latihan Kem Tahunan Gabungan Skn RAJD (AW) ini dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa pertama adalah latihan di lokaliti pasukan masing-masing yang merangkumi Latihan Asas Ketenteraan seperti pelaksanaan Ujian Jalan Laju (UJL) 5KM, Ujian Kecergasan Asas (UKA), dan Ujian Kelayakan Kemahiran Individe (UKKI). Manakala fasa kedua adalah pelaksanaan latihan di Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) dan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) yang terdiri daripada Latihan Kejuruteraan Medan seperti Latihan Perairan menggunakan Rakit Catamaran, Latihan Pemusnahan dan Latihan Pemasangan Jambatan Compact Bailey 100. Selain daripada itu, Sukan Ketenteraan 4 Penjuru dan Pertandingan Menembak Jatuh Piring turut diadakan bagi menyemarakkan lagi hubungan silaturrahim di antara Pegawai dan Anggota Sukarela Skn RAJD (AW) serta memupuk semangat kesukanan di kalangan anggota.
Seterusnya, Penutup Latihan Kem Tahunan Gabungan Skn RAJD (AW) telah disempurnakan oleh Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Rashidin Hashimi bin Ab Rashid yang mewakili Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan. Penutup Latihan dimulakan dengan demo pemasangan jambatan oleh Pegawai dan Anggota Sukarela Skn RAJD (AW) dan diteruskan dengan acara penyampaian hadiah Skn Terbaik Keseluruhan Latihan Kem Latihan Gabungan Skn RAJD (AW) Tahun 2022.
Pelaksanaan Latihan Kem Tahunan Gabungan Skn RAJD (AW) Tahun 2022 ini merupakan inisiatif yang dirangka dibawah pemerintahan RAJD PMBTD bagi melahirkan Pegawai dan Anggota Sukarela Skn RAJD (AW) yang dapat melaksanakan tugas dengan efisien dalam membantu ganti pasukan tetap RAJD apabila khidmat mereka diperlukan kelak seiring dengan Tonggak Panglima Tentera Darat ke-28 iaitu Tonggak Pertama Kelangsungan Misi dan Kesiagaan, Tonggak Kedua Memperkasakan Keutuhan Organisasi dan Tonggak Kelima Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam. Selain itu, Latihan Kem Tahunan Gabungan Skn RAJD (AW) Tahun 2022 turut mendokong Direktif Latihan Panglima Medan Barat Tentera Darat dengan objektif menerapkan latihan berkualti kepada AW supaya mampu membantuganti (augmentation) Angkatan Tetap.