Kuala Lumpur: Perbarisan Ulung Asisten Panglima Pasukan Simpanan Ke-28 telah diadakan pada 2 Sep 22 bertempat di Dataran Sukan BPS. Perbarisan statik ini terdiri daripada 23 Pegawai, 47 LLP dan 6 Awam. Terdahulu Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail menerima tabik hormat dari ketua perbarisan, Pegawai Staf 1 Tadbir, Lt Kol Mohd  Najib bin Mohtar.

Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail menyatakan hasratnya dalam ucapan pada pagi ini, “Saya berkehendakkan semua peringkat pegawai dan anggota berganding bahu dan seterusnya menjalankan tugas masing-masing serta memupuk sifat tangungjawab di atas tugas yang diberi .”

Acara rejimental ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Tentera Panglima Tentera Darat Ke -28 iaitu Memeprkasakan Keutuhan Organisasi.

WhatsApp Image 2022 09 02 at 11.19.25WhatsApp Image 2022 09 02 at 11.19.25 1WhatsApp Image 2022 09 02 at 11.19.25 2