Kuala Lumpur: Perbarisan Pengarah Rancang dan Pembangunan BPS telah diadakan pada 8 Ogos 22 bertempat di Dewan Watan Bahagian Pasukan Simpanan. Perbarisan ini telah diketuai oleh Mej Mohd Khairi bin Amzah, PS 2 Pengurusan dan dihadiri oleh semua pegawai dan anggota LLP BPS. Kol Sukiman bin Mohamed Ghani, Pengarah Rancang dan Pembangunan BPS yang baharu telah melaksanakan pemeriksaan pakaian pegawai dan anggota LLP. Pengarah Rancang dan Pembangunan menasihatkan agar semua warga BPS sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan disamping menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T dengan sentiasa memperbaiki ibadah solat.