Iskandar Puteri: Rej 501 AW telah mengadakan sesi taklimat dan pengambilan kepada Penguatkuasa Negeri Johor yang telah dijalankan di Iskandar Puteri pada 7 Ogos 22. Taklimat telah disampaikan oleh Lt Kol Ahmad Seberi bin Mohamad Ali, turut hadir dalam taklimat tersebut adalah Yang Berhormat Mej (K) Dato' Haji Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandaraya Majlis Iskandar Puteri selaku Ahli Turut Hadir JAKPAW Negeri Johor.

Taklimat tersebut telah dihadiri seramai 372 anggota Penguatkuasa Negeri Johor. Semoga dengan taklimat dan pengambilan ini dapat mengeratkan hubungan antara Tentera dan Penguatkuasa Negeri Johor, sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan TDM dengan Awam.

               WhatsApp Image 2022 08 07 at 9.28.26 PM 3WhatsApp Image 2022 08 07 at 9.28.27 PM

                WhatsApp Image 2022 08 07 at 9.28.23 PMWhatsApp Image 2022 08 07 at 9.28.27 PM 2