Kemaman: Upacara Penutup Kursus APMS (S) Siri 3/2022 melibatkan seramai 28 orang penuntut telah dilaksanakan dan disempurnakan oleh YAM Komander pada 19 Jul 22 bertempat di Combat Village Batalion Ketiga Kem Bukit Kuang dengan persembahan Demonstrasi Serangan OBUA oleh para penuntut. Tetamu turut hadir bersama di dalam upacara penutup ini adalah Mej (K) Dato’ Mohamed Farid bin Hj Surani, ahli JAKPAW Negeri Terengganu dan wakil daripada pihak syarikat White Event Management. Di dalam ucapan, YAM Komander berhasrat dan berharap agar penuntut akan terus mendalami ilmu ketenteraan dan kekal bersemangat untuk terus menghadiri latihan serta kursus yang dianjurkan sama ada di luar atau dalam pasukan pada masa akan datang.

                       81f503dd 1384 4049 8e36 c0567146dbcba4d5e0b5 3bf0 4dfd 80a6 63bbd51cd12a

                        eb4f048a 400e 4076 9fbc f8edd0fd8508c8ae3b32 2bd4 460a 803a 22f908b7f053