Besut: Upacara Pelaksanaan Penutup Kursus KADAR (S) Siri 2/2022 telah dilaksanakan dengan persembahan Demonstrasi Seragan Khemah Musuh oleh penuntut kursus pada 19 Jul 22 bertempat di Batalion Kedua Kem Sri Tembila Rejimen 512 AW dan telah disempurnakan oleh YAM Komander. Turut hadir bersama di dalam upacara penutup ini adalah Mej (K) Dato’ Mohamed Farid bin Hj Surani, ahli JAKPAW Negeri Terengganu. Seramai 28 orang penuntut kursus telah berjaya menamatkan kursus ini. Di dalam ucapan, YAM Komander berharap agar penuntut akan terus mendalami ilmu ketenteraan dan kekal bersemangat untuk terus menghadiri latihan serta kursus yang dianjurkan sama ada di luar atau dalam pasukan.

  CaptureCapture1DSC 6576DSC 6654