Kuala Lumpur: Rej 515 (AW) telah menganjurkan Larian Amal Sempena Jubli Perak 25 Tahun Rejimen 515 Askar Wataniah Tahun 2022 bertempat di Padang Kawad Rej 515 (AW) pada 17 Julai 2022.

Acara dimulakan dengan senaman aerobic dan pemanasan badan oleh Jurulatih Jasmani Tentera Darat.

Kemudian, acara diteruskan dengan pelepasan larian bagi kategori Ahli BAKAT dan kanak-kanak yang disempurnakan oleh Pengerusi Bakat Rej 515 (AW), Puan Norazlianti binti Mamat Arifing dan seterusnya pelepasan bagi kategori dewasa yang disempurnakan oleh Timbalan Komander Rej 515 (AW), Lt Kol Marzuki bin Md Yusof.

Objektif program yang berkonsepkan pertandingan larian terbuka ini antara lainnya bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu sukan larian dalam kalangan warga Rej 515 (AW) di samping menjayakan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu ‘Pelestarian Kesejahteraan Warga’.

Antara acara yang dipertandingkan adalah kategori Terbuka Lelaki (10 km), Terbuka Wanita (10 km), Terbuka Veteran (10 km), Terbuka BAKAT (5 km) dan Kategori kanak-kanak (5 km).

Tamat larian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan disusuli ucapan daripada Timbalan Komander Rej 515 (AW). Dalam ucapannya Timbalan Komander mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program larian amal serta kepada semua peserta-peserta yang terlibat.

Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (WPKL & WPP) yang turut hadir adalah Mej (K) Haji Aminuddin bin Ab Rahman, Pegawai Perhubungan Kerajaan Kumpulan Pharmaniaga Berhad.

WhatsApp Image 2022 07 20 at 9.58.28 AMWhatsApp Image 2022 07 20 at 9.58.29 AMWhatsApp Image 2022 07 20 at 9.58.32 AMWhatsApp Image 2022 07 20 at 9.58.33 AM 1