Nibong Tebal: Lt Kol Abdullah bin Omar, Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW) telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Angkatan Sukarela (APMS) Rej 509 (AW) Siri 3/2022 pada 18 Julai 2022 bertempat di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal turut hadir dalam upacara ini ialah Mej Sobri bin Hashim, Pen Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW) dan Encik Adnan bin Ismail, Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai, Nibong Tebal.

Seramai 59 perajurit muda angkatan sukarela dari Bn 3/Rej 509 (AW) yang diketuai oleh PJM Mohd Afrie Nizam bin Abd Rahim telah terlibat dalam upacara pembukaan yang dilaksanakan berpandukan SOP COVID-19 yang terkini. Para tetamu yang dijemput hadir bagi menyaksikan upacara pembukaan kursus ini adalah daripada Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian ILP Arumugam Pillai.

Upacara pembukaan kursus ini telah dimulakan dengan tabik hormat kepada Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW) dan diteruskan lagi dengan Ucapan perasmian bagi Upacara Pembukaan Kursus APMS tersebut oleh Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW). Dalam ucapan beliau, Lt Kol Abdullah bin Omar, menyeru agar penuntut kursus ini dapat menimba ilmu ketenteraan dengan sebaik mungkin agar dijadikan pelajaran dan pengajaran di masa hadapan.

Seterusnya, upacara diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati oleh Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai, Nibong Tebal kepada Peg Mem Bn 3/Rej 509 (AW) dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Akmal Aliff, tenaga pengajar ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal.

Upacara Pembukaan Kursus APMS ini adalah sejajar dengan Direktif Panglima 6 Bgd serta hasrat Perintah Ulung Tonggak PTD ke-28, Tonggak Kelima iaitu Peningkatan Hubungan TDM Dengan Awam yang melibatkan Pengiktirafan dan Keyakinan Rakyat terhadap TDM melalui kerjasama dengan pihak kerajaan dan awam di dalam Military Operation Other Than War (MOOTW).

             WhatsApp Image 2022 07 20 at 9.54.42 AMWhatsApp Image 2022 07 20 at 9.54.42 AM 1  

                                                                    WhatsApp Image 2022 07 20 at 9.54.43 AM