Kuala Terengganu: Pelaksanaan ibadah korban sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha Tahun 2022/1443H telah diadakan pada 10 Jul 22 bertempat di perkarangan Surau Al-Muttaqin Kem Padang Midin melibatkan seramai 8 pegawai dan 30 LLP dikalangan Angkatan Tetap dan Sukarela. YAM Komander serta keluarga juga turut berkenan hadir bagi memeriahkan majlis. Majlis dimulakan dengan solat sunat Aidil Adha secara berjemaah serta khutbah yang disampaikan oleh Guru Agama Pasukan diikuti dengan jamuan ringan. Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyembelihan yang melibatkan seekor lembu, seekor kambing dan seekor kambing biri-biri. Selain itu, pelaksanaan upacara pengagihan daging korban turut disempurnakan oleh YAM Komander kepada semua warga Rejimen 512 AW yang hadir pada majlis tersebut semasa jamuan tengahari.

                 32600e85 3ae2 4e1b 8d92 8b2dc0e24085937b2002 90d2 4068 a3d4 dc49c2dee125

                 1c06c2ae 6b72 45d6 b41b 49a5c6c6ffb0ffa80b97 c195 425d 934b 7d37da44314b