Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) dengan bangganya mempersembahkan Ekspo Kerjaya Jamin Kerja 2022, menampilkan seribu majikan yang akan menyediakan peluang perkerjaan kepada pelbagai kategori pencari kerja. Acara berprestij itu menandakan komitmen Kementerian dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada semua kategori pencari kerja termasuk graduan menganggur atau profesional yang sedang mencari pekerjaan atau peningkatan kerjaya sambil membantu majikan memenuhi keperluan pengambilan mereka.

Dengan sukacitanya kami menjemput organisasi tuan untuk mengambil bahagian sebagai agensi yang menawarkan pekerjaan sebagai sukarelawan untuk pencari kerja semasa acara ini. butiran acara adalah seperti berikut:

                            Tarikh: 23 -27 Julai 2022.

                            Masa: 0900 -1700.

                            Tempat: Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Sekiranya organisasi anda ingin menyertai ekspo ini, sila daftar https://forms.gle/39ELoiQCKaGBm7x56. Oleh kerana ruang dan peruntukan terhad, majikan akan disaring berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email selewat-lewatnya pada 30 Jun 22 untuk persiapan masing-masing. Kerjasama Tuan/Puan untuk menghantar permohonan sebelum 27 Jun 2022 amatlah dihargai.