ISKANDAR PUTERI: Mesyuarat Jawatankuasa Penyertaan Latihan Asas Perajurit Muda (APMS) dan Latihan Tempatan (LT) kepada Wakil-wakil Jabatan Kerajaan Negeri Johor yang telah dipengerusikan oleh Dato' Haji 'On bin Jabbar@ Ja'afar selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Sukan Belia dan Sukarelawan pada 6 Jul 22. Di dalam mesyuarat tersebut Lt Kol Ahmad Seberi bin Mohammad Ali yang mewakili Timbalan Komander Rej 501 AW telah membincangkan halatuju dan konsep latihan yang akan dilaksanakan kepada semua penjawat awam Negeri Johor. Semoga dengan usaha ini akan menggalakkan pemuda dan pemudi tempatan bagi menyertai Askar Wataniah Negeri Johor.

                WhatsApp Image 2022 07 06 at 2.57.42 PMWhatsApp Image 2022 07 06 at 2.57.42 PM 1 1 

                WhatsApp Image 2022 07 06 at 2.57.44 PMWhatsApp Image 2022 07 06 at 2.57.44 PM 1